Bukan Sekadar Mengetat & Nikmat
Untuk memenuhi permintaan ramai, iaitu penjelasan perihal Herba Dara Semula ini, untuk menyakinkan lagi Kak Fash terakan pengakuan amalan pengasas Herba ini.
Usia Aliza baru mencecah 27 tahun, beliau adalah kakak
kepada adik-beradik Linda/Aliza Rafar (pelakon/penyanyi). Tubuh badan beliau sering sengal-sengal. Bila bangun tidur, tumit terasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum. Perut pula kerap meragam dan kelihatan buncit serta meggeleber. Semuanya, tidak ubah seperti yang sudah berumur 40-an serta mempunyai anak ramai.
Sering kali juga dia menghadapi masalah keputihan yang
luar biasa. Badan letih, lemah dan tidak secergas zaman persekolahan. Tambah merisaukan hatinya apabila mengenangkan enam bulan lagi akan menaiki jinjang pelamin. Bagaimana nanti kalau penyakit keputihannya itu menganggu hubungannya dengan suami kelak? Takut dia memikirkannya.
Kalau berterusan tidak bermaya apa pula kata
suami, asyik baring sahaja. Lama-kelamaan orang tengok pun menyampah. Tapi itu semua tidak penting kerana berkahwin lambat lagi, entahkan jadi entahkan tidak. Pentingnya sekarang, Aliza tidak tahan bisa-bisa badan yang sering dialami dan sering tidak sihat.
Dia mahu hidup cergas seperti zaman remaja. Boleh bergerak kesana kemari dengan pantas. Aliza tidak mahu jika silap makan sikit, badannya berangin semacam dan perut kembung.
Lama juga berubat dan mengamalkan petua orang kampung untuk mengembalikan kecergasan badan. Namun semuanya tidak mendatangkan hasil seperti yang
diharapkan. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang
ustaz yang mengajar agama dikampung. Mulanya, dia hanya berikan beberapa ramuan akar kayu seperti kacip
fatimah, serapat, daun tutup bumi, akar semalu dan jintan hitam yang dikisar halus.
Dua tiga hari selepas itu, Aliza terasa perubahannya, bisa-bisa badan terus hilang. Terasa ringan dan perut kembali padat. Paling penting keputihan luar biasa yang dialami sembuh sepenuhnya dan dia tidak perlu bimbang lagi.
Kini sudah tujuh tahun Aliza mengamalkannya dan ia dijadikan seperti vitamin tambahan walaupun telah sembuh. Tidak ada pun masalah yang dihadapi malah semakin hari makin bertenaga dan cergas seperti remaja
meskipun telah memiliki dua cahayamata.
Dari situlah mendapat idea untuk menamakan herba itu
DARA SEMULA. Dara semula maksudnya bukan hanya
menekankan bahagian alat kelamin atau mengetatkan
sahaja seperti anak dara. Kalau ketat dan FIRST CLASS
sekalipun tidak berguna juga kalau tidak bertenaga dan
lemah.
Sesiapa yang mengamalkan Herba Dara Semula ini akan
mempunyai tenaga seperti anak dara, kulit tegang dan
bersemangat.
Khasiat utama herba Dara Semula adalah untuk membetulkan perjalanan darah, menambah kecergasan
,membuang angin, menaikkan seri wajah dan menambahkan tenaga.
Bagi wanita berkahwin pula fungsinya untuk mengecutkan peranakan, menetapkan kedudukan rahim, menghilangkan senggugut, keputihan dan menambah tenaga batin.
Namun untuk mengamalkannya perlu diikuti dengan pantang larang. Tidak boleh sembarangan kerana sewaktu mencampurkan bahan-bahan herba itu pun disertai dengan bacaan ayat-ayat al-Quran.
Sebelum makan mesti didahului dengan bacaan selawat
keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali, al-Fatihah kemudian niat didalam hati apa yang dihajati.
Untuk wanita yang tidak mempunyai masalah hanya perlu mengambilnya satu kapsul sehari. Jika masalah kronik disyorkan dua kapsul sehari pagi dan malam. Selain itu herba Dara Semula ini juga tidak boleh dilangkah.
Bagi wanita yang menghadapi masalah hamil juga boleh
mengamalkannya. Ada yang telah sembilan tahun tidak
mempunyai cahayamata, apabila mengambil herba Dara
Semula terus mengandung. Namun demikian herba ini
tidak boleh diambil selama tempoh kehamilan.
Manakala bagi wanita yang menghadapi masalah kurang
nafsu seks juga boleh diatasi dengan herba ini. Jintan
hitam yang terkandung dalam herba ini dipercayai boleh
merangsaang keinginan seks yang sudah kembali dingin.
Selain itu, ia juga bertindak untuk mengetatkan otot-otot faraj supaya kembali dara seperti kebanyakkan isteri inginkan kerana ia mengandungi kayu serapat. Ianya selamat untuk diamalkan. Ramai telah menikmati hasilnya.
Harga Herba Dara Semula MYR33.00. 31 kapsul
Dara Semula bukan sekadar mengetat malah banyak
khasiatnya-pengamalnya sahaja yang merasai manafaat
herba ini.

PROMOSI MERDEKA
|